SALAM CONTACT PERDANA - SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim. Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994, setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Ipoh) Telah berkeluarga dan mempunyai 2 harmonic. Saltmine "kawan" kini di SK Tasek Damai, Ipoh, Perak. Terletak kira-kira 5 km dari base station. Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "kawan" berkursus ICT di saltmine lama "kawan" di SK Dato Panglima Kinta, Ipoh, Perak. Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "kawan" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri. Blog ini ibarat sebuah diari. Dengannya "Kawan" dapat bercerita tentang aktiviti seharian dan berkongsi minat yang sama dengan rakan-rakan lain. Ianya juga tidak hanya berkisar tentang dunia radio amatur semata-mata malahan mencakupi ruang yang lebih luas. Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya. Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan untuk memantapkan lagi blog ini.
Akhir kata "SELAMAT DATANG KE 9W2DTL.BLOGSPOT.COM".
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini.
73, Cerio, Bye-bye...
de Faizul Musi, Klebang Putra, Ipoh, Perak
P/S : "Kawan" adalah penggunaan kata ganti nama diri bagi saya. Perkataan ini digunakan dlm loghat di sebelah Pantai Timur Laut Johor dan di negeri Pahang.